Wednesday, February 2, 2011

Aidil Kata Damai, Rita Kata Dusta – Apa Kes Ni?

Gambar kredit to Mr Google

Baru je semalam perselisihan faham antara Rita Rudaini dan Mertua dikhabarkan sudah berakhir, tapi hari ini lain pula ceritanya bila Rita Rudaini membuat kenyataan kat mymetro yang semua itu adalah dusta. Naik pening kami dibuatnya. Anda baca apa yang dilaporkan oleh mymetro kat bawah ni.

Krisis rumah tangga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 24, dan pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 35, memasuki episod baru apabila satu pihak mengeluarkan kenyataan sudah menemui jalan damai manakala satu pihak lagi menafikannya dengan tegas, semalam.

Aidil yang dihubungi Harian Metro untuk mengesahkan laporan satu portal Internet mengenai Rita dikatakan sudah memohon maaf dengan mentuanya, mengakui perkembangan positif itu berlaku ketika isteri dan ibunya berjumpa selepas anak mereka, Airil Rayyan Rizkin, 2, dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Khamis lalu.

“Ibu saya menziarahi anak saya yang mengalami demam panas dan dia berbual panjang dengan Rita. Mereka sudah bermaafan antara satu sama lain. Bagaimanapun lebih baik persoalan mengenai perkara ini ditanya kepada Rita kerana dia yang mempunyai masalah dan bukannya saya,” katanya.

Malah, Aidil berkata dia juga menarik balik tindakan proses sulh yang difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah berhubung soal penjagaan anak yang dibuat sebelum ini.

“Saya akan menarik balik tindakan memfailkan proses sulh yang dibuat sebelum ini dalam masa terdekat dan bersyukur sekiranya apa yang berlaku sebelum ini tidak berpanjangan dan berakhir dengan baik dan selamat,” katanya.

Bagaimanapun Rita yang dihubungi pula, menafikan segala yang diperkatakan suaminya dan tidak mahu kenyataan diputar belit sehingga menimbulkan masalah kepadanya seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

“Mengapa saya memohon maaf sedangkan tiada satu kesalahan pun datang dari pihak saya. Mereka sekali lagi sudah mengubah cerita sebenar agar kesalahan nampak di pihak saya.

“Dalam hal ini saya perlu berhati-hati dan perlu membetulkan kembali kenyataan kerana bimbang ia bakal digunakan di mahkamah kelak. Saya ada saksi apa sebenarnya berlaku kerana ketika itu seorang wartawan kebetulan ada bersama dan dia boleh menjadi saksi,” katanya.

Rita yang kini hamil enam bulan juga hairan mengapa Aidil tidak menceritakan perkara sebenar bahawa dia datang melawat Rayyan hanya selepas dipaksa.

“Saya sedih apabila terpaksa berdepan dengan masalah anak seorang diri. Sudahlah saya berbadan dua dan sekarang tidak cukup rehat kerana menjaga Rayyan di hospital. Selama tiga hari di hospital Aidil langsung tidak datang menjengah anak.

“Apabila dia melawat bersama mentua saya sudah tidak dapat bersabar dan menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Selama ini pun saya banyak bersabar dan telan segala perbuatan mereka terhadap saya,” katanya.

Rita berkata, Adil dan kelurganya memohon maaf ke atas kesalahan mereka, namun itu hanya berlaku selepas dipujuk oleh wartawan yang kebetulan berada di hospital berkenaan.

“Saya maafkan mereka tetapi ingin saya tegaskan ia membabitkan kedua-dua mentua saja. Ini kerana saya menghormati mereka sebagai orang yang lebih tua tetapi yang lain saya tidak akan maafkan,” katanya.

Rita juga menegaskan, kenyataan Aidil yang dia menarik balik permohonan hak penjagaan anak mereka sesuatu sukar diterimanya kerana pihak Mahkamah Syariah Seremban baru menghubunginya dan memaklumkan bawa Aidil mahu perbicaraan kes itu diteruskan.

“Sekarang saya tidak mahu fikir panjang mengenai perkara itu kerana perlu beri perhatian kepada kesihatan Rayyan dan kandungan saya. Terpulanglah kepada suami saya apa juga tindakan dilakukan sama ada mahu menarik kembali aduan atau tidak. Tolong jangan kacau dan menambah tekanan kepada saya lagi.

“Sebelum ini dia (Aidil) pernah kata mahu menarik kembali aduan tetapi sampai sekarang ia tetap diteruskan. Dengan saya dia kata sudah tarik tetapi mahkamah menghubungi saya dan memaklumkan dia mahu perbicaraan diteruskan. Saya malas mendengar penjelasan bercanggah daripadanya,” kata Rita.-HMetro.

P.S:Tak fahamlah aku...berbelit2 dah citernyer....sedih aku...

Tuesday, February 1, 2011

Haid Langsung Tak Datang Lepas Suntikan Perancang

Gambar kredit to Mr Google

Sekadar berkongsi pengalaman mengenai suntikan perancang yang aku amik 2 bulan sekali. Awal2 tuh period ok...on and off gakla...then masuk bulan 10 iaitu lpas 4 bulan aku amik suntikan tuh kan...haid aku terus sunyi sepi...xmuncul2 sampai ke hari ini...risau mmg risau gakla...dah 2 kali aku wat upt test...tp mmg -ve...hu3...then tnyer doc...doc pun gtau tuh mmg normal...so, lega skitla rse hatikan...huhuhu...artikel kat bwh nih aku jumpe kat infosihat.blogspot.com yg diambil dr hmetro...

SOALAN:

Saya berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak yang kedua-duanya dilahirkan secara Caesarean.

Saya merancang untuk menjarakkan anak dalam tempoh lima tahun dan kini mengambil suntikan perancang dan ia menyebabkan kitaran haid saya terganggu.

Saya juga ingin mencuba kaedah alat dalam rahim (IUD). Menurut pandangan doktor, kaedah mana yang lebih sesuai dan selamat untuk saya?

Lia,
Jalan Gambang, Kuantan


JAWAPAN:

Kedua-dua kaedah berkenaan adalah antara kaedah yang berkesan untuk mencegah kehamilan. Kedua-duanya mem punyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Suntikan terbabit sesuai untuk ibu yang menyusu badan kerana ia tidak mengandungi hormon estrogen seperti ke banyakan pil perancang.

Ia berkesan untuk lapan atau 12 minggu mengikut jenisnya, ini bermakna anda perlu berjumpa doktor setiap dua atau tiga bulan untuk meneruskannya.

Gangguan haid tidak dialami oleh semua wanita. Pada tempoh tiga hingga enam bulan pertama pengambilannya, haid boleh menjadi berpanjangan, kuantitinya lebih banyak serta kitarannya tidak teratur.

Setelah tempoh enam bulan terbabit, haid sebaliknya men jadi berkurangan serta bilangan harinya juga lebih pendek. Ada juga wanita yang langsung tidak didatangi haid setelah itu.

Maka, ia kurang sesuai untuk wanita yang sememangnya diketahui mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, wanita yang mempunyai penyakit tertentu seperti darah tinggi, penyakit pembekuan darah, pengambilan ubat pencair darah dan seumpamanya.

Selain mencegah kehamilan, suntikan ini juga mengu rangkan risiko penyakit-penyakit berikut:

- endometriosis

- kanser rahim

- kanser ovari,

- anemia yang disebabkan kekurangan zat besi

- penyakit radang pelvis (pelvic inflammatory disease atau PID ) dan seumpamanya.

Bagi anda yang mementingkan keberkesanan, kaedah ini dapat mencegah kehamilan sehingga 99.7 peratus.

Sekiranya ia berterusan mengakibatkan kehilangan darah haid yang banyak sehingga menjadikan anda kekurangan darah (anemia), ia mungkin bukanlah kaedah yang sesuai.

Selain kaedah alat dalam rahim (IUD), ada beberapa kaedah lain yang sangat berkesan seperti implan dan pil perancang.

Kaedah implan adalah paling berkesan setakat ini, tidak memerlukan anda berjumpa doktor setiap lapan hingga 12 minggu, namun ia mahal dan mempunyai kekurangan ter sendiri termasuk gangguan haid.

Kaedah IUD juga berkesan hampir menyamai kaedah suntikan, ia juga boleh memberi kesan kepada kitaran haid. Anda dinasihatkan berjumpa kembali doktor anda dan berbincang mengenai kaedah yang ada di Malaysia sebelum bertukar kaedah.


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my

Related Posts with Thumbnails