Monday, January 31, 2011

Tanda-Tanda Awal Kehamilan

Gambar kredit to Mr Google

Aku keluarkan entri nih bukan disebabkan aku petnen tau...tapi sekadar berkongsi dengan bakal-bakal ibu kat luar sane...berikut adalah tanda-tanda awal satu nyawa telah hidup dalam rahim kite...

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku di samping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda. -Aku dulu tande ni mmg amat ketara...lapo 24 hours tuh...dahsyatnyer selera aku terhadap makanan...tp jgn mkn byk2 sgt tau takut kne kencing manis n bb besar lak nti...

2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanapun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu. -Yang aku xprasan sgtla...

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air. -Yang ni mmg aku alami...tersgtla kerap...asyik pi toilet jer...mlm2 pun bgun smpai 2-3 kali utk mbuang tau...

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan. - Yang mmg aku alami gak...rse di awangan jer...pening2 lalat jer...satu lg tande2 hb anda rendah pun jd cenggini...

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan. -yang nih pun aku xder sgtla...skit2 jer..

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama. -yang mmg aku alami...aku awal kehamilan mmg bleeding...smpai 5bln baru stop...yg tuh org kate darah cuci muke...hu3

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng. - yang boleh dikatakan semer org akan rse kot...n lpas 5 bln ilang segale loya...tp jd kuat mkn...

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.- yang ni aku xtaula...

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

Tahniah anda bakal jadi ibu dlm mase 9 bulan lagi...hu3...klo mengandungkan anak yang pertama, hepi nyer paling lain...xsame ngn yg 2nd...prasaan yg xdpt digambarkan...

3 comments:

LYAfrina said...

aiiii..
macam nok ada hok ke-3 jer ni..

AiSHieY said...

Oh tidak liya...sye still amik injection...n ingt nak trus smpai 2thun...lpas 2 tahun...smbung pil lak...

lovelyazzumal said...

aii AiSHieY.. sy bru 2bln lbh kwin.. sy nk tny la, smmgnye sy de alami sbhgian dr tnd2 yg awk gtau tu cnthnye slra mngkt, suhu mngkt espcly wktu mlm, letih, tp bile chck UPT stil negative.. cmne ek?

Related Posts with Thumbnails