Tuesday, December 21, 2010

Nahas Di Simpang Pulai

Sebahagian daripada mangsa kemalangan ngeri tersebut.

SIMPANG PULAI: Dahsyat dan mengerikan. Itulah gambaran keadaan nahas jalan raya terburuk dalam sejarah negara membabitkan sebuah bas persiaran dua tingkat yang mengorbankan 27 orang - 25 pelancong Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Kampung Juang di sini, semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 11.40 pagi, bas yang membawa 37 penumpang dari Cameron Highlands itu dikatakan terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika menuruni bukit serta melalui selekoh tajam sebelum terbalik dan terhumban ke dalam longkang sedalam dua meter di laluan bertentangan.

Nahas itu menyebabkan kedua-dua tayar depan bas terbabit tercabut dan tercampak ke longkang di laluan bertentangan, manakala bumbungnya ranap sama sekali dengan lebih 10 mayat bergelimpangan di jalan raya dan longkang manakala selebihnya termasuk yang cedera tersepit dalam kenderaan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, berkata 22 penumpang mati di tempat kejadian, lima lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), manakala 10 cedera termasuk dua kritikal.

Dua rakyat tempatan yang terkorban ialah pemandu bas berkenaan yang bekerja sebagai pemandu bas syarikat SK Murni Travel & Tours, Omar Shahidan, 48, dari Kangar, Perlis, serta pemandu pelancong, Soontorn a/l Kian, 38. Pelancong Thailand yang maut pula membabitkan lapan lelaki dan 17 wanita.

Zakaria berkata, semua pelancong terbabit dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika bas yang dipandu laju itu menuruni bukit di satu selekoh tajam sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

"Pemandu bas dipercayai hilang kawalan menyebabkan bas itu terbalik dan terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira dua meter. Ada di antara penumpang tercampak dan tersepit di bahagian tempat duduk menyebabkan kebanyakan mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pasukan penyelamat terdiri daripada 100 anggota dan pegawai polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kira-kira jam 12 tengah hari dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian," katanya.

Tinjauan Berita Harian di tempat kejadian mendapati dua tayar serta lampu isyarat kanan bas itu tercampak di laluan bertentangan dipercayai tertanggal ketika melanggar pembahagi jalan.

Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan lebih lima jam apabila polis terpaksa menutup kedua-dua laluan bagi menyekat aliran trafik untuk melancarkan operasi menyelamat serta mengeluarkan mangsa.

KRONOLOGI

· 11 pagi – Bas dipercayai bergerak dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai

· 11.40 pagi – Bas terbabit kemalangan

· 11.59 pagi – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan

· 12.05 tengah hari – Laluan kedua-dua arah dari Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup

· 12.10 tengah hari – Bantuan dari BBP Gopeng dan Ipoh tiba dan kerja mengeluarkan mangsa dilakukan

· 12.13 tengah hari – Mangsa pertama dikeluarkan

· 2.37 petang – Kren untuk mengangkat bas tiba

· 2.55 petang – Mangsa terakhir dikeluarkan

· 3.08 petang – Bas dialih untuk kerja mencari mangsa dilakukan

· 4.00 petang – Kedua-dua laluan dibuka semula

· 5.00 petang – Bas ditarik ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di Simpang Pulai


INFO
Senarai mangsa yang terbunuh dalam nahas bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai


Rakyat Malaysia


1. Omar Shahidan, 48 (tahun) (pemandu bas)
2. Soontorn a/l Kian, 38 (pemandu pelancong)


Rakyat Thailand (lelaki)

3. Poonporn Poolsaeng, 41
4. Charcart Knagsuwan, 48
5. Sumruay Swatphet, 48
6. Pongthanest Akkrarachewwanont, 45
7. Thitisak Pongtanarat, 51
8. Ekachai Na Banexane, 64
9. Phayone Krujinli, 49
10. Weera Chungtanagon

Rakyat Thailand (wanita)

11. Natkritta Poolsaeng, 6
12. Thanyarat Poolseng, 36
13. Achara Wiwati, 36
14. Nutthiya Inyim, 50
15. Puthnaree Akkrarachewwanont, 42
16. Sunchanchira Chaigueai, 40
17. Sriwai Swatphet, 42
18. Priya Prassakul Chai, 38
19. Chutima Throukooi, 25
20. Junpen Pongtanarat, 50
21. Mantana Phromduang, 51
22. Maliwan Mekmahaprom, 53
23. Ampaiwan Thianhtham, 50
24. Isariya Thiangtham, 25
25. Darunee Songsern
26. Rung Da
27. Areena Songserm


Beribu-ribu Ekor Burung Gagak Memberi Petanda Buruk

Hotel ini merupakan tempat penginapan para pelancong di mana terdapat beribu2 ekor burung gagak bertenggek di ctu n mbuat bising ketika mereka menginap n memberi petanda tentang kematian pelancong2 tersebut.

IPOH – Ketika semua pihak masih tertanya-tanya mengenai punca kemalangan dan mengapa 25 daripada 35 pelancong dari Hatyai, Thailand itu menjadi korban, kakitangan di sebuah hotel yang didaftar masuk oleh kesemua mangsa sudah mempunyai jawapan tersendiri.

Menurut kakitangan yang enggan dikenali itu, pada hari pelancong tersebut mendaftar masuk pada pagi Ahad lalu, dia melihat ratusan burung gagak tiba-tiba bertenggek di atas bumbung hotel sambil membuat bising.

Apa yang menghairankan katanya, sebelum ini, senario seperti itu tidak pernah berlaku walaupun spesies burung berkenaan dikatakan banyak terdapat di kawasan tersebut. Ia seakan-akan memberi petanda awal mengenai tragedi itu.

“Tambah misteri lagi apabila burung-burung tersebut tetap bertenggek di situ dengan membuat bising sepanjang malam tadi (kelmarin). Ketika itu, entah kenapa kami tidak pula cuba menghalau burung tersebut.

“Senario tersebut mengundang keanehan kepada pekerja hotel dan pengunjung lain kerana ia seolah-olah salah satu babak di dalam filem yang selalunya dikaitkan dengan kematian seseorang,” ceritanya kepada Kosmo! semalam.


Anggota BOMBA dlm kerja2 menyelamatkan mangsa.

Bas dua tingkat yg membawa pelancong ranap sama skali.

KRONOLOGI

Nahas bas pada 2010

· 16 Disember – Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh apabila bas jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, 35 kilometer dari Penampang dekat Kota Kinabalu.

· 14 Disember – 14 pekerja kilang cedera apabila bas kilang terbabas dan terbalik di KM 156.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang, selepas bergesel dengan sebuah treler yang turut terhumban dalam parit.

· 11 Disember – Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin, Melaka parah apabila bas ekspres terbabas dan terbalik di Kilometer 304.5 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Gopeng, Perak.

· 4 November – Seorang maut dan dua cedera parah selepas bas ekspres terbabas sebelum terbalik dalam sebuah tali air
di Kampung Sungai Miang, di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi, Pahang.

· 29 Oktober – Tujuh penumpang maut dan 39 cedera, termasuk 17 parah dalam kemalangan di KM36 Lebuhraya Karak ke Kuala Lumpur.

· 10 Oktober – 13 penumpang maut dan 40 cedera apabila bas ekspres terbabit dalam kemalangan di Km 223 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat-Rembau.

· 2 September – Lapan belas cedera apabila bas persiaran terbabas dan terbalik di Kilometer 35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.

· 27 Ogos – Seorang pemandu bas ekspres terbunuh, manakala tiga cedera parah dan enam cedera ringan dalam kemalangan di KM306.2 Lebuh Raya Utara-Selatan.

· 17 April – Seorang penumpang patah tulang rusuk, manakala enam cedera ringan apabila bas ekspres dari Johor Baharu ke ibu negara terbabas di KM32 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Kulai Jaya, Johor.

· 20 Mac – 40 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila terbabas dan terperosok ke dalam tali air di KM42 Jalan Kuantan-Kemaman.

· 4 Februari – 15 penumpang bas Ekspres Konsortium dalam perjalanan ke Kuala Lumpur nyaris maut selepas bas melanggar dua kenderaan lain di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.

P/S:Byk sgt dh kejadian melibatkan bas nih...takut plak nk naik bas...mungkin sistem jlnraye di Malaysia adalah faktor utama.


No comments:

Related Posts with Thumbnails