Thursday, June 25, 2009

Sleep Tight My Dear










sleep well my dear sleep well tonight

i ´ ll keep away the dreams of hell
i ` ll keep away the dwarves from you
sleep well my dear sleep well
sleep tight my love sleep tight this night
don ´t wander ´bout the blackness ´round you
don ´t wander ´bout the dark birds flight
sleep tight my love sleep tight

sleep tight my love sleep tight this night
don ´t wander ´bout the blackness ´round you
don ´t wander ´bout those dark birds´ flight
sleep tight my love sleep tight

sleep well my love sleep well tonight
don ´t ask yourself ´bout death
don ´t ask ´bout warriors in their fights
sleep well my love sleep well

sleep well my love sleep well this night
as long as you will sleep
the knife in your heart is my most loved one
sleep well my dear sleep well

Monday, June 22, 2009

Pertumbuhan Normal Bayi



1 bulan 4.3 kg 55 cm
2 bulan 5.0 kg 58 cm
3 bulan 5.7 kg 60 cm
4 bulan 6.3 kg 62.5 cm
5 bulan 6.9 kg 64.5 cm
6 bulan 7.4 kg 66 cm
7 bulan 8.0 kg 67.5 cm
8 bulan 8.4 kg 69 cm
9 bulan 8.9 kg 70.5 cm
10 bulan 9.3 kg 72 cm
11 bulan 9.6 kg 73.5 cm
12 bulan 9.9 kg 74.5 cm
15 bulan 10.9 kg 79.4 cm
18 bulan 11.5 kg 82.4 cm
24 bulan 12.3 kg 85.6 cm
30 bulan 13.5 kg 90.4 cm
36 bulan 14.6 kg 94.9 cm
42 bulan 15.7 kg 99.1 cm
48 bulan 16.7 kg 102 cm
52 bulan 17.7 kg 106.6 cm
58 bulan 18.7 kg 109.9 cm

Di atas adalah pertumbuhan bayi yg normal bulan ke bulan...
Wafiq plak:

1 bulan 4.3 kg 55 cm
2 bulan 5.2 kg 57 cm
3 bulan 5.9 kg 59 cm

Normal lah tu kn...

Sunday, June 21, 2009

Italian Time

video

Untuk santapan mata di petang yang dingin lagi mengantuk...

Saturday, June 20, 2009

HAPPY FATHER'S DAY

Di sini aku nak amik kesempatan utk ucapkan Hepi Father's Day utk semer ayah2 di dunia nih...xlupe wat ayah mertua ku yang tersayang...n aku sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayahku yang tercinta Wan Abdul Razak Wan Omar...kasih-sayangmu tiade tukar gantinye...

Tahun nih sudah hampir 11 tahun arwah meninggalkan aku sekeluarge...namamu tetap terpahat di hati kami semer...semoge Rohmu dicucuri rahmatNya...AMIN

Thursday, June 18, 2009

NoT FeeLinG WeLL...

Pepagi tadi busy...petang2 nih dah xder keje sangat. Rase mcm xbrape nak sihat nih. Bangun pagi tadi sakit tekak...n rase hangat jer kat dalam...mujurla esok hari Jumaat, so, bolehlah rest byk2...Rase macam nak selsema jer...

Tadi nurse Klinik Desa tepon gtau, 24hb nih aku ade appointment ngn doctor berkenaan sakit kencing manis aku...ermmm...aku paling malas nak pi jumpe doctor pasal kne queue lamer bangat...dahla aku keje...kne amik time slip lagi...klo x aku diikhtiraf unpaid leave...uwaaaa...

Wednesday, June 17, 2009

Hari Ni OT!!!

Alahai keje xdan nak siap nih...terpaksela OT...huhuhu...Kena siapkan 48 buah buku utk dibawa ke Sabah esok...tula awal2 xnak buat...bukan xnak buat sbenanyer...tp kami diarah lambat...so, hasilnya pun lambatla...cian Wafiq kt umah...cian mak aku jage die...ikutkan kul5 ptg mmg dah turn aku jage Wafiq...sabo jela sayang yer...

Sekadar Berkongsi

YM yg diterima dari seorg teman...sekadar utk dikongsi bersame...

"Sesungguhnya sahabat itu wujud dari 1 pertemuan dengan10pertanyaan,1 00 keyakinan dan 1000 kali pengorbanan serta berjuta-juta kali perjuangan dengan 1 keikhlasan atas keredhaan Allah S.W.T. Andai seorang sahabat membuat kebaikan, ukirlah di atas batu agar ia tersemat di hati dan kekal sebagai memori indah dan seandainya seorang sahabat itu melakukan kesalahan, tulislah ia di atas pasir agar ia hilang ditiup angin kemaafan........

Sesungguhnya jika Allah S.W.T mencintai hambaNya maka Dia akan tenggelamkan hambaNya itu dalam dugaan dan ujian..barangsiapa yg tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh drpd kasih sayang dan rahmatNya..mana tahu yg diam itu krn zikir kpd Allah S.W.T, mana tahu yg senyum itu krn sedeqah, mana tahu yg sedih itu krn mengenangkan dosa dan mana tahu yg ceria itu krn bersih hati dan mindanya. Pahit manis dlm memikul tanggungjawab dan amanah Allah S.W.T ini terkadang memberi jalan untuk mendapat kemanisan yg tiada terhingga..walaupun yg dtg..air mata sering bertandang..."

Tuesday, June 16, 2009

Wafiq In My Tummy

WAFIQ 24 WEEKS IN MY TUMMY (IT'S A BOY)


WAFIQ 18 WEEKS IN MY TUMMY

WAFIQ 14 WEEKS IN MY TUMMY

WAFIQ 8 WEEKS IN MY TUMMY

Oleh kerana sms petnen aku banyak problem, so blh dikatakan tiap bln aku pi scan utk memasti janin aku sihat n berkembang baik...ni antara koleksi scan yg aku simpan sebagai kenangan di mase akan dtg...nti Wafiq da besar bolela aku tunjuk kt die...

Tibe-tibe Terkenang Memori Di UUM

Gambar Kenangan Bersama Member2 Fakulti


Bersama Za di Gunung Jerai, Kedah


Ko-K:Taekwondo WTF


Program Fasilitator di Tasik Pedu

Ratu Jamu...kih3


Cabaran Arus Deras Sg.Sedim, Kulim


Member2 Kolej Proton...Blok C...


Pameran Kete Lotus kt kolej

Program Santai ke Pulau Pangkor

Sweet Memory always in my mind

Diet La Konon!!!

Aku xjadi plan nak skipping pasal ade member komen xelok utk aku yg baru lepas pantang...so, aku terpaksela fully control my diet menu...tp smlm ntah nape pewot aku nih asyik mintak makanan jerk...huhhh...kul 8.30mlm pi cari nasi lemak kt area umah aku...aku melantak 1 1/2 bungkus tuh...1/2 lg my mum yg habiskan...kih3...

Baru ni, ex-roommate aku kt UUM suggest kt aku utk breastfeeding jer klo nak kurus...tuh yg problem skit...my milk xbrape nk kua byk...skit2 jer...sedihhh tul la...ermmmm...nmpaknyer nak kne cari solution lain la utk settle this problem...

Saturday, June 13, 2009

Anak2 Sedare...








Gambar atas skali n yang kedua namenya Wan Marha Qaisara, gambar yang ketiga tuh adik-bradik yg lain2 muke...dari kiri Nurain Wajihah, Nur Alysha Nabihah n Nurain Farihah. Tomel2 semuenyer n semer pompuan...Wafiq sorg jela yg boboy...

Wafiq VS Yoh...












Hihihi...ini adalah antara Wafiq n yoyohnyer...cam2 gaye...sabo jele haku...

Jalan2 ...Survey Bot...








Hari Khamis baru nih aku berpeluang utk turun tgk sendiri bot yg diproduce oleh company...
Bot yang diberi name Watercat M14 ini merupakan bot utk kegunaan Polis Marin...Nih minggu terakhir bot ni ade kt company sbb lpas ni bot tersebut akan dihantar ke pangkalan masing2...
Selamat Jalan Bot!!!

Perkara Ringan Yang Menyekat Rezeki

Sekadar utk berkongsi bersame...smoge kite dpt ikhtibar dr info ni...

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau
secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang
mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.
Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi
Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang
mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk’ di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.(xpaham aku ni)
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Pernikahan

Pernikahan merupakan satu syariat dan rahmat daripada Allah s.w.t. kepada manusia. Melaluinya akan terjalin perasaan kasih sayang antara lelaki dan perempuan. Sesungguhnya perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia yang memerlukan teman bagi perkongsian hidup di dunia ini.

Sejarah penciptaan Adam dan Hawa membuktikan betapa pentingnya hubungan antara lelaki dan perempuan. Selain berkongsi kasih sayang, ia juga mampu mengembangkan zuriat manusia sehingga hari ini. Justeru itu perkahwinan diciptakan oleh Allah s.w.t. dengan penuh hikmah kepada hamba-Nya.

Sehubungan itu, setiap manusia sama ada lelaki mahupun perempuan pastinya mempunyai keazaman untuk berumah tangga. Cumanya, cepat atau lambat bertemu jodoh adalah ketentuan dan bidang kuasa Allah s.w.t. semata-mata. Ada individu yang cepat bertemu jodoh tetapi berakhir dengan perceraian dan ada pula yang ringan jodohnya dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Sebenarnya ia adalah senario biasa di dalam kehidupan masyarakat. Justeru bagi pasangan yang berumah tangga, peliharalah masjid yang dibina dengan sebaiknya iaitu mengikut saranan agama dan mencontohi rumah tangga Rasulullah s.a.w. Nikah adalah sunah Rasulullah s.a.w. kepada seluruh umat baginda. Bahkan Allah s.w.t. berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud; “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki, isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang berfikir.” (Ar-Rum:21)

Ayat di atas menunjukkan betapa kejadian manusia lelaki dan perempuan atau suami dan isteri adalah rahmat daripada Allah s.w.t. Justeru setiap manusia sama ada lelaki atau perempuan berhak menikmati kasih sayang dan rahmat tersebut.

Merujuk kepada anak dara lanjut usia atau andalusia yang pernah hangat dibincangan dalam masyarakat. Sebenarnya ia bukanlah suatu isu besar jika masyarakat kembali kepada prinsip, iaitu soal jodoh pertemuan yang merupakan ketentuan Allah s.w.t. Andalusia bukanlah masalah sosial yang berat di dalam masyarakat jika dibandingkan dengan permasalahan yang ditanggung oleh ibu tunggal, anak yatim atau dibandingkan dengan berbagai-bagai kes salah laku akhlak seperti seks bebas, sumbang mahram dan sebagainya.

Namun demikian, kaum wanita tidak boleh berpegang kepada prinsip jodoh semata-mata. Ini kerana Allah s.w.t. mengurniakan akal dan usaha untuk mencapai sesuatu matlamat. Islam membolehkan wanita berusaha dan merancang untuk membina rumah tangga dengan lelaki pilihan. Pepatah Melayu `perigi mencari timba’ bukanlah suatu yang menyalahi syariat.

Tradisi ini telah dipecahkan melalui perkahwinan Siti Khadijah r.a. dengan Rasulullah s.a.w. Sama ada wanita yang berjawatan tinggi atau sebaliknya, apa yang dicontohkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. ini boleh dijadikan teladan kepada sekalian umat. Apa kurangnya Siti Khadijah jika hendak dibandingkan dengan wanita professional hari ini?

Beliau wanita kaya, tokoh korporat yang berjaya dan juga banyak umurnya ketika berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. yang berusia 25 tahun. Tetapi soal yang paling penting ialah sejauh manakah setiap wanita boleh menerima perkongsian dengan lelaki di dalam hidup mereka. Ini kerana pernikahan merupakan satu perkongsian antara lelaki dan perempuan.

Justeru itu, kaum wanita berhak menentukan lelaki pilihan masing-masing sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. Untuk itu, wanita boleh mempraktikkan garis-garis yang dianjurkan Islam dalam pemilihan jodoh atau calon suami. Sama ada lelaki atau perempuan, mereka diberikan kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing mengikut kesesuaian diri masing-masing. Di antara garis-garis anjuran syarak ialah :

  • i. harta
  • ii. keturunan
  • iii. kecantikan
  • iv. agama

Meskipun saranan ini seringkali diamalkan oleh pihak lelaki ketika memilih calon isteri, sebenarnya wanita juga boleh mengaplikasikannya ketika memilih calon suami. Empat ciri yang dianjurkan syarak boleh membantu membentuk keluarga bahagia. Namun demikian sekiranya keempat-empat ciri tidak dapat dipenuhi oleh calon suami, maka utamakan anjuran keempat iaitu agama. Selain itu, konsep sekufu juga boleh diamalkan dalam pemilihan calon suami ketika mengatur atau merancang berumah tangga. Persamaan taraf ini juga perlu diberi perhatian agar perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga akhir hayat. Ini kerana kegagalan sesebuah rumah tangga membawa kesan lebih buruk lagi terutamanya pihak suami-isteri, anak-anak dan masyarakat amnya.

Oleh itu, setiap pasangan harus menyedari bahawa perkahwinan bukanlah bertujuan memenuhi tuntutan naluri seksual semata-mata. Sebaliknya perkahwinan adalah satu perkongsian hidup antara dua insan lelaki dan perempuan. Kedua-dua pihak mestilah sedia berkongsi dalam apa jua hal, sama ada kasih sayang, tanggungjawab, peranan dan sebagainya.

Justeru itu, tidak wujud istilah lelaki atau wanita kolot yang diperkatakan dewasa ini jika amalan perkongsian dipraktikkan. Jika isteri sanggup berkongsi membantu suami menambahkan sumber pendapatan keluarga, maka suami pula mestilah ringan tulang membantu isteri di rumah seperti memasak, membasuh dan sebagainya.

Sebenarnya nilai kesefahaman dan kerjasama suami isteri sangat penting dalam membina rumah tangga yang rukun dan tenteram. Setiap pasangan sama ada lelaki atau perempuan mestilah menerima pasangan masing-masing dengan seadanya. Ini kerana setiap individu ada kekurangan dan ia boleh diatasi dengan kelebihan pasangannya. Kesimpulannya soal jodoh pertemuan adalah ketentuan Allah s.w.t., tetapi manusia dikurniakan akal dan kudrat untuk merancang kehidupan masing-masing. Apa yang pasti kebahagiaan rumah tangga bermula daripada pemilihan bakal suami atau bakal isteri mengikut saranan agama. Manakala rumah tangga yang bahagia terletak kepada semangat perkongsian dan musyawarah antara suami isteri serta menerima pasangan masing-masing seadanya.

- MD ZAWAWI ABU BAKAR, Pensyarah, Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Kerja Pada Hari Sabtu (Lazy Day)

Hari Sabtu merupakan hari yang paling malas untuk aku pi kerja...Blum puas lg cuti smlm dah keje arini...pnat keje lum lagi habis ...Pagi td mase bgun aku terpikir...alangkah bagusnyer kalu arini cuti n aku blh goyang kaki di umah jer...Huhuhu...tp ape aku bole buat...aku bukannyer bos...

Mase ISO yg lepas2...para juruaudit dah lame recommended kt bos pasal cuti pada hari Sabtu...hummm...tp bos wat donno jer..nasib kaula Labu...Staf2 lame jer yang half day pada Khamis...tp kmai yang bebaru ni semuanyer full day...

Vitamin M aku datang lagi nih...nape boring sgt rase arini...keadaan ofis pun sunyi sepi jer...argggghhhhhh....tensennyer aku!!!

Friday, June 12, 2009

Badanku Makin Gempal...













Di atas gambar aku mse berat 48kg vs 63kg...huhuhu...

Adehhhla...aku tgh poning camne care yg paling cepat utk aku dapatkan smule berat ideal aku 48kg tuh...Ok sebelum tuh aku nak citer lu pasal history berat badan aku...

  • Mase kt UUM - 48kg
  • Mase Kawin - 50kg
  • Petnen yg pertama - 53kg
  • Lpas Gugur - 55kg
  • Petnen yg kedua - 60kg
  • Mase nk bersalin - 75kg
  • Lpas Bersalin - 60kg
  • Sekarang - 63kg
So sekarang aku kena turun berat badan sebanyak 15kg...wahhh...byk tuh...camne nih...aku mase raye nti...bdn aku dah maintain kurus... klo xsampai target pun...trun 5kg kire dah ok dah tuh...

And now...aku wat research serbe skit camne nk control berat bdn. First at all, aku perlu ade keazaman yg kuat...n bkn stakat hangat2 taik ayam...kih3...2nd aku perlu berdisiplin...iaitu makan pagi menu yg berat...lunch just mkn samaada sup sayur or bubur air or buah epal hijau jer...n mlm klo blh mkn awal iaitu sblum kul7 mlm n menunye cam mee sup n nasi sesenduk+sup sayur/tom yam...+minum jus epal...perlu buat perancangan utk menu hari...lg elok klo tau kalori setiap makanan...so kite blh counting jumlah kalori yg diambil dlm sehari...

3rd...rerajinla bersenam sekurang2nyer 3 hari dalam seminggu selama 20 minit...biras aku suggest utk wat skipping...ok gak tu kn...aku kner jge gak zat makanan aku sbb aku pn sdg berusaha membykkan susu badan...

So, itu jela stakat nih...klo ade tambahan nti tgu di post lain...

Wafiq Kuat Hisap Susu
















Sejak lahir Wafiq mmg kuat betul menyusu...aku campur susu Wafiq...susu badan + Susu Frisolec Gold...Sebulan dekat 4 tin...harge setin RM49.90...Botakla kepale ayah die...

Jadi, puan2 bg susu ibu kepada anak2 anda agar jimat perbelanjaan kite semer...Aku ade problem skit berkenaan susu badan aku...aku pum tp kua skit jer...klo bg direct kt bb die ngamuk pasal kua skit je susu...so, terpaksela aku bancuh susu tin...sedih tul rsenyer...

Sekarang aku tengah berusaha utk mengamalkan petua2 bg memperbanyakkan susu badan aku nih...so, CHAIYOK...CHAIYOK...



Khasiat Susu Ibu

Ni aku nak berkongsi sedikit mengenaik kebaikan susu ibu...adalah satu kerugian bagi ibu2 yang tidak menyusukan anak mereka kerana terlalu byk khasiat susu ibu...

KELAHIRAN bayi bermulanya detik indah kehidupan. Rumah tangga anda dilimpahi cahaya. Kehadiran si manja mengeratkan jalinan kasih suami isteri. Kini tanggungjawab anda berdua menyempurnakan hidupnya. Menyusui bayi dengan susu sendiri permulaan paling bermakna. Segunung kebaikan dan ganjaran menanti bayi anda. Ganjaran bukan hanya untuk bayi malah diri anda juga.

Menyusu bayi dengan susu ibu langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Pengalaman unik ini telah dilalui wanita sejak permulaan zaman lagi. Ajaibnya kuasa Tuhan. Sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula. Jangan sia-siakan kurniaan berharga ini. Susuilah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Andai ini pengalaman pertama, timbalah ilmu dan dapatkan pengetahuan daripada mereka yang berpengalaman.

Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperolehi daripada susu formula. Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah AlBaqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu.''

*Aku baru jer beli pump Spectra 3 dr kawanku Ana dgn hanya harga RM300...trime kasih Ana di atas keprihatinanmu terhadap susu ibu. Memang aku 'salute' kt ibu2 yg bekerja di luar sane, namun masih blh memberikan susunya kepada bayinya...aku sendri minum susu ibu sehingga umur 4 tahun...hu3...jgn mare...

Thursday, June 11, 2009

Serba-Sedikit Mengenai Hidup Aku...

Pendahuluan

Nama penuh Wan Noor Rashidah Bt Wan Razak...panggilan Shidah...Shida...Wan...n whatever la...Lahir pada tanggal 28 Feb 1984 di Hospital Kemaman...mmg anak jati Kemaman le ni...tinggal di kampung Bukit Kuang sejak berumur 2 tahun dan membesarlah aku di situ...name mak aku Rohani Said...name ayah lak Wan Razak Wan Omar...umur ayah xpanjang...ayah meninggal ketika aku masih di ting.2...thun 1998...ayah aku ninggal kerana penyakit kanser...aku hanya ade sorg abang yang bernama Wan Mohd Rusdi...lahir pada thun 1982...sekarang die tgal di Kuantan...kje kt kilang simen...masih single lg...kalau sudi nak jadi kakak ipar aku...sila hubungi aku ngn segera...(I'm serious ok...don't play2 huh....)

Pendidikan

Sekolah rendah di Sek Keb Bukit Kuang sampai darjah 6...UPSR dapatla 4A n dapat tawaran ke SMKA Sheikh Abdul Malik, KT...tp arwah ayah aku xkasi pasal aku dikatekan budak kecik lg...sedih betul aku mse tuh...so, aku sambungla sekolah di Sek Men Keb Sultan Ismail...di sini aku menyimpan beribu memori bersama2 teman2 yg tersayang...I miss u all my fwen...iskkk....iskkk...PMR cukup mkn je 3A 5B...SPM pun cam tuh gak 2A n 4B...pastu SPM aku dpt sambung study kt Kolej Matrikulasi Perlis dlm course Account...tp aku da lupe result dpt brape ntah...maklumla sijil je kn...xlaku mne pun...tp aku dapatla sambung ke UUM...dpt course Pengurusan Teknologi...sshla jgak course nih...slalu dpt CGPA yg cukup mkn jer...last Sem. kt UUM jer baru aku dpt CGPA 3.46...blhla cover result yg lepas...setakat tuh jela pendidikan aku...ade gak hati rse nk sambung KPLI ke....DPLI ke...bole jd cikgu...tp rsenyer cam dah malas jer...

Kisah Aku...Ehem...Ehem...

Aku ni dari sek men lagi suke sgt main minat2 kt kaum adam nih...normal la tuh kn...remaja...minat kt org ni...minat kt org tuh...tp aku xnk citer pasal mamat lain...aku nk citer pasal mamat yg kini sudah bergelar somi ku yg tercinte...aku kenal die mase aku masuh form 4...budak hingusan lg aku mse tuh...tp si die nih dah blaja kt politek mse tuh...aku membe rapat ngn adik die...so, hari2 pi blaja umah die...tp aku still xkenal abg die...name adik die Nira...huhuhu...saje kasi glemer skit...suatu hari aku naik kapcai C70 kesayangan ke umah die...kluarla die dr pintu rumah die dgn memakai kopiah n kain pelikat...dushhhh...trus aku dup dap...dup dap...cinte pandang pertame tuh...die tersenyum n tegur aku...cehhh...aku pun berlagakla malu2....tringin beno aku nk tau name die...Nira panggil die Abg Diey...huhuhu...ade chance nih nk maju ke hadapan...n bermulalah pengenalan kami berdue...kebetulan die pndai Pelan Dongakan yg dlm Math Modern tuh...so, aku blajo ngn die la...dapat A1 Math SPM aku...kikiki...alhamdulillah...n hubungan berterusanlah sebgai abg n adik jer...lum lebih dari itu status kami...tp dr awal lg aku trase jodoh aku kuat ngn die nih...bukan ape...sbb di mane saje aku berada....die pn pasti ade di sini...cesss...cam dlm citer industan plak...tp aku n die terpisah hubungan seketika ketika aku pi sambung study kt matriks...huhhh...silap aku gak yg tetibe jual mahal ngn die...padahal die sanggup contact aku dr jauh...mungkin rindu kot...tp aku ni jauh di mate...jauh gak di hati...abg Diey lenyap dlm kamus hidup aku buat setika...dlm 2thun gak kot...penah skali aku layan die ngn kasar mse die tepon aku...smpai skrg aku masih rse bersalah ngn sikap aku tuh...n pada hujung thun 2003 (klo xsilapla) tetibe aku jd seorg perindula plak...rindu bgt sama die...huhuhu...n aku plak yg beranikan dri contact die...alhamdulillah...die still layan aku...mule2 aku mtak maaf...n hubungan aku ngn die trus bertukar status pabila die meluahkan prasaan kt...kami serupe rupenyer...masih simpan prasaan...adussshhh....jiwang le plak...sowi...sesape nk muntah dipersilakan...kihkihkih...then kami bercintela...biasela cam org lain gak mse bercinte ni ade pasang surut die gak...kami pun cam tuh gak...tp xpayahla aku citer...byk sgt...penat lerrr....klo nk tau citer yg pasang surut tuh...blh tnye aku secare personal...cesss...xder org nk tau pun...cinte kami diakhiri dengan pertunangan pada 18.11.2006...9 bulan kami bertunang...akhirnyer kami pun diijabkabulkan pada 14.8.2007...alhamdulillah...akhirnyer aku jadi milik die jua...Wan Aidil Wan Ganti...

Kerjaya

Tahun 2006 ketika sem akhir aku menerima tawaran utk membuat praktikal di company UDPS Sdn Bhd...company oil n gas...byk yg aku study kt cni...then boss telah serap aku menjadi staff di ctu...biasela keje ni ade yg tensen kn...kdg2 xpuas hati ngn staff lain...byk gak kenangan yang manis...staff silih berganti yg lame diganti yg baru...tibe juga giliran aku meninggalkan company tersebut utk meneruskan perjuang aku dlm kerjaya aku...aku telah memilih utk ke company shipping iaitu Geliga Slipway S/B...n di sinilah aku bekerja sehingga sekarang...smoge rezeki aku berpanjangan di sini kerana aku rase cukup selesa dgn pekerja2 di sini...

Orang Baru...

Sebulan aku berkahwin, aku disahkan petnen...alangkah gembiranye aku ketika itu...namun kegembiraan itu tidak lame apebile kandungan aku disahkan tidak berkembang...n aku disarankan utk mencuci rahim ku...sedih tul aku mase tuh...Allah SWT je yg tahu prasaan aku mse...aku tabahkan hati utk melalui saat perit tuh...bln 12 mase tuh...kandungan aku dicuci...mujurla somi ku sentiase memberi semangat kepada aku utk tabah hadapi dugaan ini...aku redha sesungguhnyer....anak tu datang daripadaNya...n Dia bile2 mase blh ambil daripada kite...6 bln aku kosong...pada bln 7 aku disahkan petnen 2bln...syukur alhamdulillah...rezeki itu datang lagi...aku berdoa byk2 agar kandungan aku kali ini sihat waalfiat...ketika 5 bulan aku petnen, tetiba aku trun darah sedikit...kne masuk ward lg tuh...dudukla 3 hari...rehat...sbb kandungan sihat...xtau darah dr mane...bb ku disah bb boy...nampak jelas batu die tuh...huhuhu...aku ade kencing manis ketika petnen...n tiap 2mgu kne pi klinik utk BSP(Blood Sugar Profile)...klo lebih 8mmol/L kne jumpe doctor le jwbnyer...tp aku xpnah pun jpe doc...kui3...ketika kandungn berusia 8bln...aku kne warded lagi...kesnyer bb aku xaktif...3hari kt hospital...mkn sedap...hu3...then, oleh krne aku ade kncing manis...aku kne warded awal, 2mgu sebelum due date...n 22 Mac 09...aku dah warded...kne masuk ubat separuh2 sebyk 3kali...tp xbanak2 gak...2 cm xhabis2...pada 24hb jalan ade 4cm...trun masuk Labor Room kul 9pg...kt ctu nurse pecahkan air ketuban aku...kne tgu sejam...klo xbanak gak...kne masuk ubat suh sakit...bb mmg lum nk kua lg...kul 2.30ptg...kne masuk ubat...sakit die sikit2 n lme2 makin kuat...n kul 4ptg jln dah terbuke byk...tp aku xpasti brape cm...mse spanjang di dlm Labor Room...somi aku tetap setia di cc aku...tuh yg jd semangat tuh...aku pun pun pushla...kul 4.19ptg...akhirnya keluarlah putera pertama aku yg seberat 3.3kg...somi aku pn mengazan kn die...alhamdulillah...lahirnya die tanpa cacat cela...n sihat waalfiat...die diberi nama Wan Ahmad Wafiq Iman Bin Wan Aidil....

Tamatlah sedikit sebyk mengenai aku...n tgu post seterusnya...

PeNGeNaLaN

Assalamualaikum seme...trime kasih krn sudi singgah ke blog saye nih...hopefully korg enjoy ngn topik-topik yang dipostkn dan sudi2 kanlah komen mengenai blog saye nih...A.D.I.O.S...
Related Posts with Thumbnails